Wednesday, August 5, 2009

SELAWAT JAUHARAT AL-KAMAL

SELAWAT JAUHARAT AL-KAMAL:


اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى عَيْنِ الرَّحْمَةِ الرَّبَّانِيَّةِ وَالْيَقُوْتَةِ الْمُتَحَقِّقَةِ الْحَائِطَةِ بِمَرْكَزِ الْفُهُوْمِ وَالْمَعَانِى وَنُوْر ِاْلاَكْوَانِ الْمُتَكَوَّنَةِ اْلأدَمِيِّ صَاحِبِ اْلحَقِّ اْلرَّبَّانِى اَلْبَرْقِ اْلأَسْطَعِ بِمُزُوَنِ اْلأَرْبَاحِ اْلمَالِئَةِ لِكُلِّ مُتَعَرِّضٍ مِنَ اْلبُحُوْرِ وَاْلأَوَانِى وَنُوْرِكَ اللاَّمِعِ الَّذِيْ مَلأْتَ بِه كَوْنَكَ اْلحَائِطَ بِأَمْكِنَةِ اْلمَكاَنِى اَللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلى عَيْنِ اْلحَقِّ الَّتِى تَتَجَلَّى مِنْهَا عُرُوْشُ اْلحَقَائِقِ عَيْنِ اْلمَعَارْفِ اْلأَقْوَمِ صِرَاطِكَ التَّآمِّ اْلاَسْقَمِ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلى طَلْعَةِ اْلحَقِّ بِا الْحَقِّ اْلكَنْزِ اْلأَعْظَمِ إِفَاضَتِكَ مِنْكَ اِلَيْكَ إِحَاطَةِ النُّوْرِ اْلمُطَلْسَمِ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَعَلى آلِهِ صَلاَة ًتُعَرِّفُنَا بِهَا إِيَّاهُ.

“Ya Allah, Limpahilah Rahmat dan Kesejahteraan ke atas Hakikat Rahmat Ketuhanan, mutiara yang terang benderang memancar dengan rahsia pengertian dan pernyataan, cahaya segala sesuatu yang menjadikan manusia wadah Kebenaran Ketuhanan, yang bagaikan kilat memancar dengan melimpahkan curahan rahmat kepada setiap orang yang menghadap-Nya daripada segenap lingkungan dan masa, dan cahayaMU yang bergemerlapan memenuhi dengannya wadah ciptaanMU dengan ketinggian pangkat.

Ya Allah, Limpahilah Rahmat dan Kesejahteraan ke atas Hakikat Kebenaran yang mempernyatakan daripadanya naungan seluruh rahsia-rahsia hakikat yang memiliki kearifan tertinggi, yang sentiasa merintis jalanMU yang sempurna.

Ya Allah, Limpahilah Rahmat dan Kesejahteraan ke atas Penyeru Kebenaran dengan Kebenaran yang menjadi Gedung Teragung, Sumber bagi segala limpahanMu yang daripadaMU kepadaMU meliputi cahaya yang terpilih.

Rahmat Allah ke atasnya juga kepada keluarganya dengan rahmat membukakan kami dengannya haqiqat.”

KEUTAMAAN :

Selawat Jauharatul Kamal adalah salah satu selawat yang diajarkan langsung oleh Sayyidul Wujud Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam kepada Sayyidi Syeikh Ahmad At-Tijany dalam keadaan sedar / jaga (bukan mimpi).

Antara keutamaannya ialah :
Satu (1) kali Selawat Jauharat al-Kamal menyamai tasbih seluruh alam sebanyak tiga (3) kali.
Jika dibaca sebanyak tujuh (7) kali setiap hari dengan istiqamah, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam cinta kepada orang tersebut dengan cinta dan perhatian yang khusus.
Jika dibaca tujuh (7) kali sebelum tidur dengan istiqamah, akan bermimpi Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam dengan syarat ketika akan tidur harus punyai wudhu’ serta pakaian dan tempat yang bersih.
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam dan sahabat yang empat (Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali radhiyallahu 'anhum) serta Syeikh Ahmad at-Tijani hadir pada bacaan ke tujuh (7) dan terus-menerus mendampinginya sehinggalah ia berhenti membacanya.
Jika dibaca dua belas (12) kali kemudian mengucapkan:
"Hadzihi hadiyyatun minni ilaika ya Rasullalloh." Ertinya: "Ini adalah hadiah dariku kepadamu wahai Rasullullah..." Maka mendapat keutamaan sebagaimana ziarah kepada Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam dan para Auliya’ serta Solehin dari zaman awwalul wujud sampai waktu dibaca Selawat Jauharat al-Kamal.
Jika mengalami masalah yang besar atau kesulitan yang teramat sangat, bacalah Selawat Jauharat al-Kamal sebanyak tujuh puluh (70) kali, maka Allah akan melepas kesusahan itu secepatnya.
Dan banyak lagi yang tidak mampu dijelaskan di sini keutamaannya yang mana fadhilatnya hanya dapat dirasakan oleh para pengamalnya yang istiqamah.

PERINGATAN :

Pengamalan Selawat ini tanpa penerimaan talqin daripada Muqaddam at-Tijany adalah melanggar Hak Shahib at-Thariqah dan ia dianggap sebagai tidak sah serta terputus silsilahnya dengan Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam.

Sila ke http://at-tijaniyah.blogspot.com untuk talkin pengamalan.

No comments:

Post a Comment